Kemurahan dan kedermawanan Thalhah bin Ubaidillah patut kita contoh dan kita teladani. Dalam hidupnya ia mempunyai tujuan utama iaitu bermurah dalam pengorbanan jiwa. Thalhah merupakan salah seorang dari lapan orang yang pertama masuk Islam. Sejak awal keislamannya sampai akhir hidupnya dia tidak pernah mengingkari janji. Ia juga dikenali sebagai orang jujur, tidak pernah menipu apatah lagi mengkhianati orang lain. Thalhah masuk Islam melalui Abu bakar As-Siddiq R.A.
Awal Masuk Islam
Dengan disertai Abu bakar As-Siddiq, Thalhah pergi menemui Rasulullah S.A.W. Setelah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W., Thalhah mengungkapkan niatnya hendak memeluk Dinul haq, Islam. Maka, Rasulullah S.A.W. menyuruhnya mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah menyatakan keislamannya di hadapan Muhammad S.A.W, Thalhah dan Abu bakar RA pun beredar. Tetapi ditengah jalan mereka dicegah oleh Nofel bin Khuwailid yang dikenali dengan "Singa Quraisy", yang terkenal kejam dan bengis.
Nofel kemudian memanggil gerombolannya untuk menangkap mereka. Ternyata Thalhah dan Abu bakar tidak hanya ditangkap saja. Mereka diikat lalu dipukul bertubi-tubi. Semua itu dilakukan Nofel sebagai siksaan atas keislaman Thalhah. Oleh kerana itu, Thalhah dan Abu bakar RA dijuluki "Alqorinan" atau "dua serangkai". Thalhah adalah seorang lelaki yang gagah berani, tidak takut menghadapi kesulitan, kesakitan dan segala ujian lainnya. Ia seorang yang kukuh mempertahankan pendirian meskipun ketika zaman jahiliah.
Pengorbanan Thalhah kepada Rasulullah S.A.W.
Bila diingatkan tentang perang Uhud, Abu bakar RA selalu teringat pada Thalhah. Ia berkata, "Perang Uhud adalah harinya Thalhah. Pada waktu itu akulah orang pertama yang menjumpai Rasulullah S.A.W. Ketika melihat aku dan Abu Ubaidah, baginda berkata kepada kami: "Lihatlah saudaramu ini." Pada waktu itu aku melihat tubuh Thalhah terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah dan jari tangannya putus." Diceritakan ketika tentera Muslim terdesak mundur dan Rasulullah S.A.W. dalam bahaya akibat ketidakdisiplinan pemanah-pemanah dalam menjaga pos-pos di bukit, di saat itu pasukan musyrikin bagai dirasuk syaitan terus maju untuk melumatkan tentara muslim dan Rasulullah S.A.W., terbayang di fikiran mereka kekalahan yang amat memalukan di perang Badar. Mereka masing-masing mencari orang yang pernah membunuh keluarga mereka sewaktu perang Badar dan berniat akan membunuh dan memotong-motong badan mereka.
Semua musyrikin berusaha mencari Rasulullah S.A.W. Dengan pedang-pedangnya yang tajam dan mengilat, mereka terus mencari Rasulullah S.A.W. Tetapi kaum muslimin dengan sekuat tenaga melindungi Rasulullah S.A.W., melindungi dengan tubuhnya dengan sedaya upaya, mereka rela terkena sebatan, tikaman pedang dan anak panah. Tombak dan panah menghunjam mereka, tetapi mereka tetap bertahan melawan kaum musyrikin Quraisy. Hati mereka berucap dengan teguh, "Aku korbankan ayah ibuku untuk engkau, ya Rasulullah". Salah satu diantara mujahid yang melindungi Nabi S.A.W. adalah Thalhah. Ia berperawakan tinggi kekar. Ia ayunkan pedangnya ke kanan dan ke kiri. Ia melompat ke arah Rasulullah yang tubuhnya berdarah. Dipeluknya Beliau dengan tangan kiri dan dadanya. Sementara pedang yang ada ditangan kanannya ia ayunkan ke arah lawan yang mengelilinginya bagai laron yang tidak memperdulikan maut. Alhamdulillah, Rasulullah selamat.
Thalhah memang merupakan salah satu pahlawan dalam barisan tentara perang Uhud. Ia siap berkorban demi membela Nabi S.A.W. Ia memang patut ditempatkan pada barisan depan kerana ALLAH menganugerahkan kepada dirinya tubuh kuat dan kekar, keimanan yang teguh dan keikhlasan pada agama ALLAH. Akhirnya kaum musyrikin pergi meninggalkan medan perang. Mereka mengira Rasulullah S.A.W. telah tewas. Alhamdulillah, Rasulullah selamat walaupun dalam keadaan menderita luka-luka. Baginda dipapah oleh Thalhah menaiki bukit yang ada dihujung medan pertempuran. Tangan, tubuh dan kakinya diciumi oleh Thalhah, seraya berkata, "Aku tebus engkau Ya Rasulullah dengan ayah ibuku." Nabi S.A.W. tersenyum dan berkata, " Engkau adalah Thalhah kebajikan." Di hadapan para sahabat Nabi SAW bersabda, " Keharusan bagi Thalhah adalah memperoleh ...." Yang dimaksud nabi SAW adalah memperoleh syurga. Sejak peristiwa Uhud itulah Thalhah mendapat julukan "Burung Helang hari Uhud"
Thalhah Yang Dermawan
Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah. Ia adalah seorang dari kaum muslimin yang kaya raya, tapi pemurah dan dermawan. Isterinya bernama Su'da binti Auf. Pada suatu hari isterinya melihat Thalhah sedang murung dan duduk termenung sedih. Melihat keadaan suaminya, sang isteri segera menanyakan penyebab kesedihannya dan Thalhah menjawab," wang yang ada di tanganku sekarang ini begitu banyak sehingga memusingkanku. Apa yang harus kulakukan ?" Maka isterinya berkata, "wang yang ada ditanganmu itu bahagi-bahagikanlah kepada fakir miskin." Maka dibahagi-bahagikannyalah seluruh wang yang ada ditangan Thalhah tanpa meninggalkan sesenpun.
As-Saib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, "Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maHupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan wang, dan segalanya.Jaabir bin Abdullah bertutur, " Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta." Oleh karena itu, wajarlah jika dia digelar "Thalhah si dermawan", "Thalhah si pengalir harta", "Thalhah kebaikan dan kebajikan".
Wafatnya Thalhah
Sewaktu terjadi pertempuran "Al-Jamal", Thalhah (di pihak lain) bertemu dengan Ali RA dan Ali RA memperingatkan agar ia mundur ke barisan paling belakang. Sebuah panah mengenai betisnya maka dia segera dipindahkan ke Basra dan tak berapa lama kemudian kerana lukanya yang cukup dalam ia wafat. Thalhah wafat pada usia enam puluh tahun dan dikubur di suatu tempat dekat padang rumput di Basra. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat RA, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa senang melihat seorang syahid berjalan di atas bumi maka lihatlah Thalhah.
Hal itu juga dikatakan ALLAH dalam firmanNya : "Di antara orang-orang mukmin itu ada orang -orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH, maka diantara mereka ada yang gugur. Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.
0 comments:
Post a Comment