CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 14, 2009

KHAULAH BINTI TSA’LABAH















Wanita yang pengaduannya didengar Allah dari langit lapisan ke-7

Dia adalah Khaulah binti Tsa’labah bin Ashram bin Fihr bin Ghanam bin ‘Auf. Khaulah adalah wanita yang fasih bicaranya dan indah gaya bahasanya. Suaminya adalah Aus bin Shamit bin Qais, saudara ‘Ubadah bin Shamit. Suaminya termasuk orang yang ikut dalam peperangan Badar dan peperangan Uhud serta pelbagai peperangan lain bersama Nabi S.A.W. Mereka mempunyai seorang anak yang bernama ar-Rabi’.

Suatu ketika terjadi perselisihan antara Khaulah dan suaminya, sehinggakan suaminya sangat marah dan menziharnya dengan berkata: “Engkau bagiku seperti punggung ibuku.” Setelah berkata demikian, suaminya keluar dari rumah. Tidak lama kemudian, dia kembali dan berniat menggaulinya. Akan tetapi, hati dan perasaan Khaulah enggan untuk memenui keinginan suaminya itu sebelum ia benar-benar mengetahui hukum Allah yang berkaitan dengan masalah yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah Islam itu. Oleh kerana itu, Khaulah berkata kepada suaminya, “ Sekali-kali jangan dulu. Demi Zat yang jiwa Khaulah ada dalam kekuasaanNya, janganlah sekali-kali engkau menyentuhku, kerana engkau telah mengatakan apa yang engkau katakan tadi, sehingga Allah dan RasulNya menghukumi persoalan ini,” kemudian Khaulah keluar.

Tidak lama kemudian, Khaulah datang menemui Rasulullah S.A.W. Khaulah duduk di hadapan Baginda, lalu menceritakan perlakuan suaminya kepadanya. Maksud kedatangannya adalah untuk menanyakan hukum yang sebenarnya dan mengemukakan cadangan dalam permasalahan itu dan bukannya untuk menceritakan aib suaminya. Di waktu itu, Rasulullah S.A.W. hanya bersabda: “Aku tidak akan memerintahkan sesuatu dalam persoalanmu….Aku tidak mengetahui persoalanmu, kecuali bahawa engkau telah haram untuknya.” Khaulahkembali berbicara dan menjelaskan kepada Rasulullah S.A.W. tentang risiko yang bakal menimpa dirinya dan anaknya jika ia harus berpisah dengan suaminya. Tetapi, setiap kali Khaulah mengadukan hal yang sama, Rasulullah hanya menjawab: “Aku tidak mengetahui persoalanmu, kecuali bahawa engkau telah haram untuknya.”

Mendengar jawapan Rasulullah S.A.W., wanita Mukminah ini menadah tangannya ke langit dengan perasaaan sedih dan berduka. Dari matanya mengalir butiran-butiran air bening. Dia mengadu kepada Zat yang Maha mengabulkan segala doa. Khaulah berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepadaMu, kerana belum ada ayat yang Engkau turunkan berkaitan dengan permasalahanku ini………

Bersambung………………………….

Petikan dari buku “Sahabat Wanita Utama Rasulullah S.A.W. dan Keteladanan Mereka”.
Oleh: Mahmud Mahdi al-Istabuli & Musthafa Abu Nashr Asy-Syilby.

0 comments: