CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 13, 2009

SA'AD BIN ABI WAQQAS (AHLI PANAH YANG HANDAL)




















· TABAH MENGHADAPI PENDERITAAN

Orang beriman pasti mengalami ujian dan cubaan. Ukuran keimanannya tergantung dari kesabarannya kerana sabar adalah separuh daripada iman.
Allah S.W.T. berfirman:


الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3)


Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (al-Ankabut:1-3)


Sa’ad berkata, “Ketika kaum muslimin disekat ekonominya di Makkah, hampir 3 tahun lamanya, kami makan bersama Rasulullah S.A.W. daun-daunan sehingga kotoran kami menyerupai (kotoran) domba.”


Seorang Mukmin yang diuji dengan kesusahan tentu akan diuji pula dengan kesenangan. Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Aku lebih takut kamu menghadapi fitnah kesenangan daripada fitnah kesengsaraan.”



· AYAT AL-QURAN BERKAITAN DENGAN SA’AD


Ketika ibunya mengetahui Sa’ad memeluk Islam, ia begitu marah dan bersumpah tidak akan berbicara dengan Sa’ad. Ia juga enggan makan dan minum sehingga Sa’ad meninggalkan agamnya dan kembali kepada agama yang dianutinya sebelum ini.


Ibunya berkata kepada Sa’ad, “Kamu pernah mengatakan bahawa Allah berpesan kepadamu agar kamu patuh kepada ibu bapamu. Aku ini ibumu dan aku menyuruhmu keluar dari Islam tetapi kamu tidak mematuhinya.”


Tetapi Sa’ad tetap berpegang teguh pada Islam sehingga ibunya kelaparan sesudah beberapa hari menahan daripada makan dan minum, bahkan jatuh pengsan. Dia mengutuk Sa’ad dan menyuruhnya kembali kekafiran.


Sa’ad kemudian dirayu oleh keluarganya agar melawat ibunya dengan harapan apabila melihat sendiri keadaan ibunya, Sa’ad akan berlembut hati. Tetapi Sa’ad berkata kepada ibunya, “Wahai ibuku, demi Allah jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa-nyawa itu hilang satu demi satu aku tidak akan meninggalkan agamaku kerana ibu.”


Setelah yakin akan keteguhan hati puteranya, ibu Sa’ad akhirnya membatalkan niatnya untuk terus berlapar.


Setelah kejadian ini, turunlah ayat al-Quran:


وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا وَإِنْ جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (8)



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. ( al-Ankabut: 8)



· DOA NABI UNTUK SA’AD

Sa’ad berkata, “ Rasulullah S.A.W. mendoakan aku:


اللهم سدد رميته واجب دعوته


“Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan kabulkan doanya.”



Lalu doa Nabi S.A.W. dikabulkan Allah S.W.T. Setiap kali Sa’ad melepas panahnya pasti tepat mengenai sasaran, dan setiap berdoa, doanya pasti dikabulkan Allah S.W.T. Dalam semua peperangan, dia mampu mengalahkan lawan.


Sa’ad merupakan orang pertama yang melepas panah kepada musuh dan orang pertama juga yang terkena panah.



· WAFATNYA SA’AD


Ibnu Hajar meriwayatkan dari Amir bin Sa’ad yang berkata, “ Sa’ad adalah orang terakhir dari kalangan Muhajirin yang wafat (yang dimaksudkan ialah dari kalangan lelaki-lelaki Muhajirin). Menjelang wafatnya, dia meminta diambilkan jubah dari bulu domba dan berwasiat:

“Kafanilah aku dengan kain bulu ini kerana sewaktu berperang melawan kaum musyrikin pada perang Badar, aku memakainya, dan memang aku sengaja menyimpannya untuk keperluan tersebut.”


Petikan dari buku “Rahsia Para Sahabat Dijamin Masuk Syurga”.
Oleh: Abdul Latif Ahmad ‘Aasyur dan diterjemah oleh Abu Mus’ab.

0 comments: