CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 14, 2009

HAMNAH JAHSYIN


















Reda Terima Musibah


Hamnah binti Jahsyin Rayyab al-Asadiah bukan orang lain dengan Rasulullah S.A.W., sebaliknya dia salah seorang sepupu baginda sendiri. Hamnah merupakan anak perempuan kepada Umaimah binti Abdul Mutalib dan saudara perempuan kepada Zainab binti Jahsyin yang merupakan salah seorang isteri Rasulullah S.A.W.

Hamnah mendirikan rumahtangga dengan Mus’ad ibn Umair yang berkhidmat sebagai utusan Rasulullah bagi penduduk Madinah. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Zainab. Ketika bujangnya dan semasa menetap di Mekah, Mus’ad terkenal sebagai pemuda tampan yang selalu bergaya mewah. Ibunya, Khunnas binti Malik merupakan seorang perempuan kaya yang selalu membelikan anak lelakinya pakaian yang mahal dan indah.
Anak muda ini juga selalu mengenakan wangi-wangian yang paling harum yang ada di kota Mekah. Setiap kali keluar berjalan di kota, kakinya sentiasa beralas sandal mahal buatan Yaman. Disebabkan karakternya itu, Rasulullah S.A.W. sendiri pernah berkata, “Aku tidak pernah melihat seorang pun lelaki Mekah yang paling indah, perhiasan yang paling cantik dan kehidupan yang lebih baik daripada Mus’ad bin Umair.

BEROLEH HIDAYAH

Namun, sebaik-baik sahaja sinar Islam bercahaya di seluruh Mekah, Mus’ad antara orang terawal yang beroleh hidayah. Dia mengikuti kelas agama yang diadakan Rasulullah di rumah Arqam bin Abi Arqam dan terus memeluk Islam di sana. Mulai hari itu, dia bersama-sama orang Islam yang lain telah mengikut kelas Rasulullah dan belajar secara langsung daripada Baginda. Mus’ad juga dilantik sebagai duta atau wakil Rasulullah untuk ke Bandar Madinah.


Isterinya Hamnah juga tergolong dalam kalangan kelompok pertama sahabat wanita yang memeluk Islam. Apabila orang Islam tertekan dengan seksaan yang dikenakan golongan kafir Quraisy, mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah. Dari kalangan lelaki yang terbabit adalah Abdullah bin Jahsyin, Abu Ahmad bin Jahsyin dan Ukkasyah ibn Muhsin. Sementara di kalangan wanita, selain Hamnah sendiri, turut berhijrah adalah Zainab binti Jahsyin, Ummu Habib binti Jahsyin, Jazzamah binti Jandal, Ummu Qais binti Muhsin dan Ummu Habib bin Thumamah.

Hamnah antara sahabat wanita yang banyak menyumbang terhadap perkembangan awal Islam. Hamnah selalu mengamalkan aklak para Ummul Mukminin dan mengamalkan setiap pesanan Rasulullah. Hamnah turut terbabit dalam beberapa siri peperangan umat Islam dan membantu sebagai jururawat.

SABARLAH HAMNAH


Kisah wanita yang terbabit ke medan Perang Uhud ini pernah diceritakan seorang sahabat, Ka’ab bin Malik. Katanya, “Saya melihat Ummu Sulaim binti Milhan dan Aisyah (Ummul Mukminin) sedang membawa bekas air. Sementara itu, Hamnah binti Jahsyin memberikan air pada para pasukan yang kehausan dan merawat mereka yang cedera. Ummu Aiman pula memberikan air minuman pada pasukan yang terluka.

Umat Islam kalah dalam peperangan di Uhud. Peperangan itu juga telah mengorbankan suami Hamnah serta 70 orang sahabat yang lain. Dalam saat sedih ini, Rasulullah cuba menenangkan Hamnah dengan berkata, “Bersabarlah, Hamnah.”
Hamnah menjawab, “ Untuk siapa , Rasulullah?”
Jawab Rasulullah, “ Untuk bapa saudaramu (dari sebelah ibu) Hamzah.”
Hamnah membalas, “ Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya. Selamatlah dia selepas beroleh syahadah.”

Bersambung……………………..

Petikan dari Majalah Nur, keluaran Julai 2006.

KHAULAH BINTI TSA’LABAH















Wanita yang pengaduannya didengar Allah dari langit lapisan ke-7

Dia adalah Khaulah binti Tsa’labah bin Ashram bin Fihr bin Ghanam bin ‘Auf. Khaulah adalah wanita yang fasih bicaranya dan indah gaya bahasanya. Suaminya adalah Aus bin Shamit bin Qais, saudara ‘Ubadah bin Shamit. Suaminya termasuk orang yang ikut dalam peperangan Badar dan peperangan Uhud serta pelbagai peperangan lain bersama Nabi S.A.W. Mereka mempunyai seorang anak yang bernama ar-Rabi’.

Suatu ketika terjadi perselisihan antara Khaulah dan suaminya, sehinggakan suaminya sangat marah dan menziharnya dengan berkata: “Engkau bagiku seperti punggung ibuku.” Setelah berkata demikian, suaminya keluar dari rumah. Tidak lama kemudian, dia kembali dan berniat menggaulinya. Akan tetapi, hati dan perasaan Khaulah enggan untuk memenui keinginan suaminya itu sebelum ia benar-benar mengetahui hukum Allah yang berkaitan dengan masalah yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah Islam itu. Oleh kerana itu, Khaulah berkata kepada suaminya, “ Sekali-kali jangan dulu. Demi Zat yang jiwa Khaulah ada dalam kekuasaanNya, janganlah sekali-kali engkau menyentuhku, kerana engkau telah mengatakan apa yang engkau katakan tadi, sehingga Allah dan RasulNya menghukumi persoalan ini,” kemudian Khaulah keluar.

Tidak lama kemudian, Khaulah datang menemui Rasulullah S.A.W. Khaulah duduk di hadapan Baginda, lalu menceritakan perlakuan suaminya kepadanya. Maksud kedatangannya adalah untuk menanyakan hukum yang sebenarnya dan mengemukakan cadangan dalam permasalahan itu dan bukannya untuk menceritakan aib suaminya. Di waktu itu, Rasulullah S.A.W. hanya bersabda: “Aku tidak akan memerintahkan sesuatu dalam persoalanmu….Aku tidak mengetahui persoalanmu, kecuali bahawa engkau telah haram untuknya.” Khaulahkembali berbicara dan menjelaskan kepada Rasulullah S.A.W. tentang risiko yang bakal menimpa dirinya dan anaknya jika ia harus berpisah dengan suaminya. Tetapi, setiap kali Khaulah mengadukan hal yang sama, Rasulullah hanya menjawab: “Aku tidak mengetahui persoalanmu, kecuali bahawa engkau telah haram untuknya.”

Mendengar jawapan Rasulullah S.A.W., wanita Mukminah ini menadah tangannya ke langit dengan perasaaan sedih dan berduka. Dari matanya mengalir butiran-butiran air bening. Dia mengadu kepada Zat yang Maha mengabulkan segala doa. Khaulah berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepadaMu, kerana belum ada ayat yang Engkau turunkan berkaitan dengan permasalahanku ini………

Bersambung………………………….

Petikan dari buku “Sahabat Wanita Utama Rasulullah S.A.W. dan Keteladanan Mereka”.
Oleh: Mahmud Mahdi al-Istabuli & Musthafa Abu Nashr Asy-Syilby.

Tuesday, October 13, 2009

SA'AD BIN ABI WAQQAS (AHLI PANAH YANG HANDAL)




















· TABAH MENGHADAPI PENDERITAAN

Orang beriman pasti mengalami ujian dan cubaan. Ukuran keimanannya tergantung dari kesabarannya kerana sabar adalah separuh daripada iman.
Allah S.W.T. berfirman:


الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3)


Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (al-Ankabut:1-3)


Sa’ad berkata, “Ketika kaum muslimin disekat ekonominya di Makkah, hampir 3 tahun lamanya, kami makan bersama Rasulullah S.A.W. daun-daunan sehingga kotoran kami menyerupai (kotoran) domba.”


Seorang Mukmin yang diuji dengan kesusahan tentu akan diuji pula dengan kesenangan. Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Aku lebih takut kamu menghadapi fitnah kesenangan daripada fitnah kesengsaraan.”



· AYAT AL-QURAN BERKAITAN DENGAN SA’AD


Ketika ibunya mengetahui Sa’ad memeluk Islam, ia begitu marah dan bersumpah tidak akan berbicara dengan Sa’ad. Ia juga enggan makan dan minum sehingga Sa’ad meninggalkan agamnya dan kembali kepada agama yang dianutinya sebelum ini.


Ibunya berkata kepada Sa’ad, “Kamu pernah mengatakan bahawa Allah berpesan kepadamu agar kamu patuh kepada ibu bapamu. Aku ini ibumu dan aku menyuruhmu keluar dari Islam tetapi kamu tidak mematuhinya.”


Tetapi Sa’ad tetap berpegang teguh pada Islam sehingga ibunya kelaparan sesudah beberapa hari menahan daripada makan dan minum, bahkan jatuh pengsan. Dia mengutuk Sa’ad dan menyuruhnya kembali kekafiran.


Sa’ad kemudian dirayu oleh keluarganya agar melawat ibunya dengan harapan apabila melihat sendiri keadaan ibunya, Sa’ad akan berlembut hati. Tetapi Sa’ad berkata kepada ibunya, “Wahai ibuku, demi Allah jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa-nyawa itu hilang satu demi satu aku tidak akan meninggalkan agamaku kerana ibu.”


Setelah yakin akan keteguhan hati puteranya, ibu Sa’ad akhirnya membatalkan niatnya untuk terus berlapar.


Setelah kejadian ini, turunlah ayat al-Quran:


وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا وَإِنْ جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (8)



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. ( al-Ankabut: 8)



· DOA NABI UNTUK SA’AD

Sa’ad berkata, “ Rasulullah S.A.W. mendoakan aku:


اللهم سدد رميته واجب دعوته


“Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan kabulkan doanya.”



Lalu doa Nabi S.A.W. dikabulkan Allah S.W.T. Setiap kali Sa’ad melepas panahnya pasti tepat mengenai sasaran, dan setiap berdoa, doanya pasti dikabulkan Allah S.W.T. Dalam semua peperangan, dia mampu mengalahkan lawan.


Sa’ad merupakan orang pertama yang melepas panah kepada musuh dan orang pertama juga yang terkena panah.



· WAFATNYA SA’AD


Ibnu Hajar meriwayatkan dari Amir bin Sa’ad yang berkata, “ Sa’ad adalah orang terakhir dari kalangan Muhajirin yang wafat (yang dimaksudkan ialah dari kalangan lelaki-lelaki Muhajirin). Menjelang wafatnya, dia meminta diambilkan jubah dari bulu domba dan berwasiat:

“Kafanilah aku dengan kain bulu ini kerana sewaktu berperang melawan kaum musyrikin pada perang Badar, aku memakainya, dan memang aku sengaja menyimpannya untuk keperluan tersebut.”


Petikan dari buku “Rahsia Para Sahabat Dijamin Masuk Syurga”.
Oleh: Abdul Latif Ahmad ‘Aasyur dan diterjemah oleh Abu Mus’ab.

Monday, October 12, 2009

Thalhah bin Ubaidillah - Peribadi yang Pemurah dan Dermawan




















Kemurahan dan kedermawanan Thalhah bin Ubaidillah patut kita contoh dan kita teladani. Dalam hidupnya ia mempunyai tujuan utama iaitu bermurah dalam pengorbanan jiwa. Thalhah merupakan salah seorang dari lapan orang yang pertama masuk Islam. Sejak awal keislamannya sampai akhir hidupnya dia tidak pernah mengingkari janji. Ia juga dikenali sebagai orang jujur, tidak pernah menipu apatah lagi mengkhianati orang lain. Thalhah masuk Islam melalui Abu bakar As-Siddiq R.A.



Awal Masuk Islam

Dengan disertai Abu bakar As-Siddiq, Thalhah pergi menemui Rasulullah S.A.W. Setelah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W., Thalhah mengungkapkan niatnya hendak memeluk Dinul haq, Islam. Maka, Rasulullah S.A.W. menyuruhnya mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah menyatakan keislamannya di hadapan Muhammad S.A.W, Thalhah dan Abu bakar RA pun beredar. Tetapi ditengah jalan mereka dicegah oleh Nofel bin Khuwailid yang dikenali dengan "Singa Quraisy", yang terkenal kejam dan bengis.

Nofel kemudian memanggil gerombolannya untuk menangkap mereka. Ternyata Thalhah dan Abu bakar tidak hanya ditangkap saja. Mereka diikat lalu dipukul bertubi-tubi. Semua itu dilakukan Nofel sebagai siksaan atas keislaman Thalhah. Oleh kerana itu, Thalhah dan Abu bakar RA dijuluki "Alqorinan" atau "dua serangkai". Thalhah adalah seorang lelaki yang gagah berani, tidak takut menghadapi kesulitan, kesakitan dan segala ujian lainnya. Ia seorang yang kukuh mempertahankan pendirian meskipun ketika zaman jahiliah.



Pengorbanan Thalhah kepada Rasulullah S.A.W.

Bila diingatkan tentang perang Uhud, Abu bakar RA selalu teringat pada Thalhah. Ia berkata, "Perang Uhud adalah harinya Thalhah. Pada waktu itu akulah orang pertama yang menjumpai Rasulullah S.A.W. Ketika melihat aku dan Abu Ubaidah, baginda berkata kepada kami: "Lihatlah saudaramu ini." Pada waktu itu aku melihat tubuh Thalhah terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah dan jari tangannya putus." Diceritakan ketika tentera Muslim terdesak mundur dan Rasulullah S.A.W. dalam bahaya akibat ketidakdisiplinan pemanah-pemanah dalam menjaga pos-pos di bukit, di saat itu pasukan musyrikin bagai dirasuk syaitan terus maju untuk melumatkan tentara muslim dan Rasulullah S.A.W., terbayang di fikiran mereka kekalahan yang amat memalukan di perang Badar. Mereka masing-masing mencari orang yang pernah membunuh keluarga mereka sewaktu perang Badar dan berniat akan membunuh dan memotong-motong badan mereka.

Semua musyrikin berusaha mencari Rasulullah S.A.W. Dengan pedang-pedangnya yang tajam dan mengilat, mereka terus mencari Rasulullah S.A.W. Tetapi kaum muslimin dengan sekuat tenaga melindungi Rasulullah S.A.W., melindungi dengan tubuhnya dengan sedaya upaya, mereka rela terkena sebatan, tikaman pedang dan anak panah. Tombak dan panah menghunjam mereka, tetapi mereka tetap bertahan melawan kaum musyrikin Quraisy. Hati mereka berucap dengan teguh, "Aku korbankan ayah ibuku untuk engkau, ya Rasulullah". Salah satu diantara mujahid yang melindungi Nabi S.A.W. adalah Thalhah. Ia berperawakan tinggi kekar. Ia ayunkan pedangnya ke kanan dan ke kiri. Ia melompat ke arah Rasulullah yang tubuhnya berdarah. Dipeluknya Beliau dengan tangan kiri dan dadanya. Sementara pedang yang ada ditangan kanannya ia ayunkan ke arah lawan yang mengelilinginya bagai laron yang tidak memperdulikan maut. Alhamdulillah, Rasulullah selamat.

Thalhah memang merupakan salah satu pahlawan dalam barisan tentara perang Uhud. Ia siap berkorban demi membela Nabi S.A.W. Ia memang patut ditempatkan pada barisan depan kerana ALLAH menganugerahkan kepada dirinya tubuh kuat dan kekar, keimanan yang teguh dan keikhlasan pada agama ALLAH. Akhirnya kaum musyrikin pergi meninggalkan medan perang. Mereka mengira Rasulullah S.A.W. telah tewas. Alhamdulillah, Rasulullah selamat walaupun dalam keadaan menderita luka-luka. Baginda dipapah oleh Thalhah menaiki bukit yang ada dihujung medan pertempuran. Tangan, tubuh dan kakinya diciumi oleh Thalhah, seraya berkata, "Aku tebus engkau Ya Rasulullah dengan ayah ibuku." Nabi S.A.W. tersenyum dan berkata, " Engkau adalah Thalhah kebajikan." Di hadapan para sahabat Nabi SAW bersabda, " Keharusan bagi Thalhah adalah memperoleh ...." Yang dimaksud nabi SAW adalah memperoleh syurga. Sejak peristiwa Uhud itulah Thalhah mendapat julukan "Burung Helang hari Uhud"



Thalhah Yang Dermawan

Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah. Ia adalah seorang dari kaum muslimin yang kaya raya, tapi pemurah dan dermawan. Isterinya bernama Su'da binti Auf. Pada suatu hari isterinya melihat Thalhah sedang murung dan duduk termenung sedih. Melihat keadaan suaminya, sang isteri segera menanyakan penyebab kesedihannya dan Thalhah menjawab," wang yang ada di tanganku sekarang ini begitu banyak sehingga memusingkanku. Apa yang harus kulakukan ?" Maka isterinya berkata, "wang yang ada ditanganmu itu bahagi-bahagikanlah kepada fakir miskin." Maka dibahagi-bahagikannyalah seluruh wang yang ada ditangan Thalhah tanpa meninggalkan sesenpun.

As-Saib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, "Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maHupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan wang, dan segalanya.Jaabir bin Abdullah bertutur, " Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta." Oleh karena itu, wajarlah jika dia digelar "Thalhah si dermawan", "Thalhah si pengalir harta", "Thalhah kebaikan dan kebajikan".



Wafatnya Thalhah

Sewaktu terjadi pertempuran "Al-Jamal", Thalhah (di pihak lain) bertemu dengan Ali RA dan Ali RA memperingatkan agar ia mundur ke barisan paling belakang. Sebuah panah mengenai betisnya maka dia segera dipindahkan ke Basra dan tak berapa lama kemudian kerana lukanya yang cukup dalam ia wafat. Thalhah wafat pada usia enam puluh tahun dan dikubur di suatu tempat dekat padang rumput di Basra. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat RA, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa senang melihat seorang syahid berjalan di atas bumi maka lihatlah Thalhah.

Hal itu juga dikatakan ALLAH dalam firmanNya : "Di antara orang-orang mukmin itu ada orang -orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH, maka diantara mereka ada yang gugur. Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.

Kezuhudan Sahabat RA.




Kezuhudan Abu Bakar:

Ahmad mengeluarkan dari Aisyah r.ha, dia berkata, "Abu Bakar meninggal dunia tanpa meninggalkan satu dinar maupun satu dirham. Sebelum itu dia masih memilikinya, namun kemudian dia mengambilnya dan menyerahkannya ke Baitulmal." Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Kanzu, 3/132.

Kezuhudan Umar bin Al-Khathab:

Ahmad mengeluarkan di dalam Az-Zuhud, Ibnu Jarir dan Abu Nu'aim dari Al-Hasan, dia berkata, "Ketika Umar bin Al-Khathab sudah menjadi khalifah, di kain mantelnya ada dua belas tampalan. Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Kanzu, 4/405.

Kezuhudan Uthman bin Affan:

Abu Nu'aiin mengeluarkan di dalam Al-Hilyah, 1/60, dari Abdul-Malik bin Syaddad, dia berkata, "Aku pernah melihat Uthman bin Affan berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat sambil mengenakan kain mantel yang tebal (kasar), harganya berkisar empat atau lima dirham. Kain ikat kepalanya juga ada yang koyak. Diriwayatkan dari Al-Hasan, dia berkata, "Aku pernah melihat Uthman bin Affan yang datang ke masjid dalam keadaan seperti itu, pada saat dia sudah menjadi khalifah." Ahmad mengeluarkan di dalam Shifatush-Shafwah, 1/116.

Kezuhudan Ali Bin Abu Thalib


Ahmad mengeluarkan dari Abdullah bin Ruzain, dia berkata, "Aku pernah masuk ke rumah Ali bin Abu Thalib pada hari Aidil Adha. Dia memberikankan daging angsa kepadaku. Aku berkata, "Semoga Allah melimpahkan kebaikan kepadamu. Kerana engkau memberikan makanan ini, bererti Allah memang telah melimpahkan kebaikan kepadamu, " Dia berkata, "Wahai Ibnu Ruzain, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Tidak diperkenankan harta Allah bagi seorang khalifah kecuali sebanyak dua takaran saja, satu takaran yang dia makan bersama keluarganya, dan satu takaran lagi yang harus dia berikan kepada orang lain." Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Bidayah, 8/3.

Kezuhudan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah

Abu Nu'airn mengeluarkan dari Abu Ma'mar, bahawa tatkala Umar mengadakan lawatan ke Syam, maka disambut para pemuka dan pemimpin masyarakat di sana. "Mana saudaraku?" tanya Umar. "Siapa yang engkau maksudkan?' tanya seseorang. "Abu Ubaidah. " "Sekarang dia baru menuju ke sini. Ketika Abu Ubaidah sudah tiba, Umar turun dari kenderaannya lalu memeluknya. Kemudian Umar masuk ke rumah Abu Ubaidah dan tidak melihat perkakas apa pun kecuali pedang, perisai dan kudanya. Ahmad mengeluarkan hadits yang serupa seperti yang disebutkan di dalam Shifatush-Shafwah, 1/143. Ibnul-Mubarak juga meriwayatkannya di dalam Az-Zuhd, dari jalan Ma'mar, serupa dengan ini, seperti yang disebutkan di dalam Al-Ishabah, 2/253.

Kezuhudan Mush'ab bin Umair

Al-Bukhari mengeluarkan di dalam Shahih-nya, dari Hibban, bahawa Mush'ab bin Umair meninggal dan hanya meninggalkan selembar kain. Jika orang menutupkan kain itu ke kepalanya, maka kedua kakinya terkeluar, dan jika ditutupkan ke kedua kakinya, maka kepalanya yang terkeluar. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "tutupkan dedaunan ke bahagian kakinya." Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Ishabah, 3/421.

Kezuhudan Salman Al-Farisy

Abu Nu'aim mengeluarkan dari Athiyah bin Amir, dia berkata, "Aku pernah melihat Salman Al-Farisy ra. menolak makanan yang diberikan kepadanya, lalu dia berkata, "Tidak, tidak. Kerana aku pemah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Sesungguhnya orang yang selalu kenyang di dunia akan lebih lama laparnya di akhirat. Wahai Salman, dunia ini hanyalah penjara orang Mukmin dan syurga orang kafir'. Di dalam Al-Hilyah, 1/198, Bahagian terakhir dari hadits di atas, "Dunia ini hanyalah penjara orang Mukmin", merupakan riwayat Muslim.

Kezuhudan Abu Dzarr Al-Ghifary

Ahmad mengeluarkan dari Abu Asma', bahawa dia pernah masuk ke rumah Abu Dzarr di Rabadzah. Dia mempunyai seorang isteri berkulit hitam yang sama sekali tidak memakai hiasan apa pun dan tidak pula mengenakan minyak wangi. Abu Dzarr berkata, "Apakah kalian tidak rnelihat apa yang disuruh para wanita berkulit hitam ini? Mereka menyuruhku untuk pergi ke Iraq. Namun ketika kami tiba di Iraq, mereka justeru lebih senang kepada dunia. Padahal kekasihku (Rasulullah s.a.w.) memberitahukan kepadaku bahawa di atas jambatan neraka ada rintangan dan halangannya. Kita akan menyeberangi jambatan itu sambil membawa beban kita. Maka lebih baik bagiku untuk menyeberang dengan selamat tanpa membawa beban apa pun." Begitulah yang disebutkan di dalam At-Targhib Wat-Tarhib, 3/93. Ahmad juga meriwayatkannya dan rawi-rawinya shahih.

Kezuhudan Abud-Darda'


Ath-Thabrany mengeluarkan dari Abud-Darda' Radhiyallahu Anhu, dia berkata, 'Dahulu sebelum Nabi s.a.w. menjadi Rasul, kami adalah para pedagang. Namun setelah beliau diutus sebagai Rasul, aku ingin terjun kembali dalam perniagaan dan sekaligus rajin beribadah. Tapi nyatanya aku tidak mampu mantap dalam ibadah. Akhirnya kutinggalkan perniagaan dan mengkhususkan diri dalam ibadah.' Menurut Al-Haitsainy, 9/367, rijalnya shahih.

Kezuhudan Al-Lajlaj Al-Ghathafany


Ath-Thabrany mengeluarkan dengan isnad yang tidak diragukan, dari Al-Lajlaj Radhiyallahu Anhu, dia berkata, "Sejak aku masuk Islam di hadapan Rasulullah s.a.w., aku tidak pernah makan dan minum kecuali sekadar secukupnya." Begitulah yang disebutkan di dalarn At-Targhib, 31423. Abul-Abbas As-Siraj di dalam Tarikh-nya dan Al-Khathib di dalam Al-Muttafaq, seperti yang disebutkan di dalam Al-Ishabah, 2/328.

Kezuhudan Abdullah bin Umar

Abul-Abbas As-Siraj mengeluarkan di dalam Tarikh-nya dengan sanad hasan, dari As-Sary, dia berkata, "Aku pernah melihat sekumpulan orang dari kalangan sahabat, bahawa tak seorang pun di antara mereka yang keadaannya sentiasa mirip dengan keadaan Rasulullah s.a.w. selain dari Ibnu Umar. "Abu Sa'id Al-Mraby mengeluarkan dengan sanad yang shahih, dari Jabir ra., dia berkata, 'Tidak ada seseorang di antara kami yang mendapatkan kekayaan dunia melainkan dia justeru meninggalkannya selain dari Abdullah bin Umar.' Begitulah yang disebutkan di dalam Al-Ishabah, 21347.

Khalid al-Walid Pedang Allah SWT.












Khalid ibn al-Walid (584 - 642), atau sering disebut Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta digelar sebagai "Pedang Allah yang Terhunus". Beliau merupakan salah satu daripada panglima perang penting yang tiada tandingnya sepanjang hayatnya. Khalid dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Beliau ialah anggota suku Banu Makhzum, suatu cabang dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid termasuk di antara keluarga Nabi yang terdekat. Maimunah, adik Khalid, adalah isteri Nabi. Dengan Umar sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya kedua saudara sepupu ini bermain. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Dengan rawatan segera kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik.
Pada awalnya Khalid bin Walid adalah panglima perang kaum kafir Quraisy yang terkenal dengan pasukan handalanya. Pada saat Pertempuran Uhud, Khalidlah yang melihat kelemahan pasukan Muslimin yang menjadi lemah setelah bernafsu mengambil rampasan perang dan turun dari Bukit Uhud dan mengejar pasukan Muslim pada saat itu. Tetapi setelah perang itulah Khalid mulai masuk Islam.
Ayah Khalid yang bernama Walid bin Mughirah dari Bani Makhzum, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Dia sangat kaya. Dia menghormati Ka'bah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dua tahun dialah yang menyediakan kain penutup Ka'bah. Pada masa ibadah Haji dia memberi makan dengan percuma bagi semua orang yang datang berkumpul di Mina.
Ketika orang Quraisy memperbaiki Ka'bah tidak seorang pun yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang tua itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh dan mati. Melihat suasana begini Walid maju ke depan dengan bersenjatakan sambil berteriak, "O, Tuhan jangan marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumahMu". Nabi beerharap dengan sepenuh hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul karena Walid seorang kesatria yang berani di mata rakyat. Karena itu beliau dikagumi dan dihormati oleh orang ramai. Jika beliau telah masuk Islam ratusan orang akan mengikutinya.Dalam hati kecilnya Walid merasa, bahwa Al Qur-'an itu adalah kalimat-kalimat Allah. Dia pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan, bahwa dia tidak boleh berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu. Suku Banu Makhzum mempunyai tugas-tugas penting. Jika terjadi peperangan, Banu Makhzumlah yang mengurus gudang senjata dan angkatan tentera.
Suku inilah yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi prajurit-prajurit. Tidak ada cabang suku Quraisy lain yang dapat lebih dibanggakan seperti Banu Makhzum. Ketika diadakan kepungan maut terhadap orang-orang Islam dilembah Abu Thalib, orang-orang Banu Makhzumlah yang pertama kali mengangkat suaranya menentang pengepungan itu. Pada zaman kanak-kanaknya, ayah Khalid orang berada. Dia mempunyai kebun buah-buahan yang membentang dari kota Mekah sampai ke Taif. Kekayaan ayahnya ini membuat Khalid bebas dari kewajipan-kewajipannya. Kehidupan beliau lebih bebas dan tidak perlu belajar berdagang serta tidak perlu bekerja untuk menambah pencarian orang tuanya. Kehidupan tanpa suatu ikatan memberi kesempatan kepada Khalid mengikuti kegemarannya. Kegemarannya ialah beradu tenaga dan berkelahi. Saat itu pekerjaan dalam seni peperangan dianggap sebagai tanda seorang Satria. Panglima perang bererti pemimpin besar. Kepahlawanan adalah satu hal terhormat di mata rakyat.
Ayah Khalid adalah orang yang dipandang mulia di mata rakyat. Hal ini memberikan dorongan keras kepada Khalid untuk mendapatkan kedudukan terhormat, seperti ayah dan saudaranya. Satu-satunya permintaan Khalid ialah agar menjadi orang yang dapat mengatasi teman-temannya di dalam beradu tenaga. Sebab itulah dia menceburkan dirinya dalam seni peperangan dan seni pertahanan diri. Malah mempelajari menunggang kuda, bermain pedang dan memanah. Dia juga menumpukan perhatiannya dalam kepimpinan angkatan perang. Bakat-bakatnya yang asli, ditambah dengan latihan yang keras, telah membuatkan Khalid menjadi seorang yang luar biasa. Kemahiran dan keberaniannya mengagumkan setiap orang. Pandangan yang ditunjukkannya mengenai taktik perang menakjubkan setiap orang. Dari zaman kanak-kanaknya lagi, beliau berharap untuk menjadi pahlawan yang luar biasa.