CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 24, 2009

Tips Beramal di Aidilfitri




















Petang kelima Syawal, ketika iseng-iseng di laman-laman maya, saat singgah dan hinggap di teratak-teratak pelbagai tema, kami 'terserempak' dengan sebuah artikel di Laman Maya Magnet Diri, milik Saudara Amin Idris. Sesuai dengan suasana lebaran yang masih baru menginjak beberapa hari ini, kami rasa artikel tersebut sangat bagus untuk dikongsi bersama-sama teman pembaca sekalian. Ayuh kita ambil pedoman!

Jika kita excited untuk sambut raya, para sahabat Rasulullah yang dijanjikan Syurga dahulu kala akan menangis kesedihan. Tangisan mereka kerana sedih meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan peluang ganjaran kebaikan yang berlipat kali ganda. Mereka juga sedih kerana belum pasti akan bertemu Ramadhan sekali lagi. Bagaimana dengan kita ek?

Namun, di Aidil Fitri, Tuhan yang Maha Pengasih masih memberi ruang dan peluang untuk kita membuat kebaikan dan ganjarannya juga berlipat kali ganda walaupun tidak setanding Ramadhan. Tip di bawah mungkin serba sedikit boleh membantu saya dan anda;


1. Takbir Raya:
Jika anda berpeluang mengepalai laungan takbir di masjid atau surau, jangan sia-siakan. Buat sikit persiapan dengan hafal betul-betul khas lafaz takbir especially bahagian korus :) Buktikan bahawa masih ada orang muda yang sayangkan agama. Tak salah untuk anda meluaskan pengaruh melalui imej sebagai pemuda yang baik dan beriman. Bukankah itu adalah dakwah bil hal.


2. Khutbah Aidilfitri:
Saya pernah berpengalaman menyampaikan khutbah Aidilfitri. Yang paling penting ialah persiapan kerana orang kampung biasanya akan jemput last minute. Maksud persiapan ialah content dan doa-doa wajib ketika khutbah. Sebab kadang-kadang teks yang diberikan (khasnya di kampung-kampung) masih menggunakan jawi lama.

Lagi pun, anda akan berkhutbah, bukannya membaca khutbah bukan?


3. Salam: Bila bersalaman… salam dengan kedua belah tangan anda, pandang wajah orang yang anda salam dan lontarkan senyuman. Cuba untuk anda terlebih dahulu melafazkan “Minta maaf” dengan rasa kasih sayang dan ikhlas dari hati. Fikirkan betapa indahnya jika manusia saling ambil berat dan maaf-bermaafan.


4. Ziarah: Kuasa Pengaruh sebenar bukan terletak pada jawatan tetapi pada kekuatan dan keluasan empayar persahabatan. Ziarah menziarahi adalah salah satu cara untuk anda memperluaskan empayar persahabatan.


5. Puasa 6: Tingkatkan pengaruh kita degnan Tuhan melalui amalan-amalan kebaikan. Gunakan 6 sahaja hari dari sebulan Syawal untuk berpuasa. Nabi kita ada pesan;


“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti 6 hari di bulan Syawal, ganjarannya umpama berpuasa selama setahun.”


Namun demikian, di hari-hari akhir menjelang Syawal, jangan kita jadikan alasan persiapan Hari Raya untuk ponteng terawih dan mengurangkan komitmen kita di bulan Ramadhan. Tadarus, Terawih, Qiamullail, puasa berkualiti mesti diteruskan!!!

0 comments: