CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 2, 2009

Saidina Abu Bakar dan Makanan Ajaib
















Dalam kehidupan sehari-hari, kita terpaksa mengurus pelbagai perkara. Dan setiap perkara itu pula sering bersangkutan dengan orang lain. Adakalanya kita tidak mampu melakukan sesuatu urusan atau perkara itu seorang diri. Justeru, kita memerlukan teman atau sahabat yang boleh dipercayai untuk berperanan sebagai pembantu. Begitulah juga dengan Rasulullah S.A.W. yang diutuskan oleh Allah untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sahabat yang berperanan sebagai pembantu baginda dalam menjalankan misi dakwah antaranya ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq.


Siapakah Abu Bakar?


Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.


Sahabat Rasulullah sering diberikan karamah (kemuliaan) oleh Allah. Buktinya?

Mari kita lihat kisah karamah Abu Bakar al-Siddiq.


'Abdurrahman bin Abu Bakar r.a. menceritakan bahwa ayahnya datang bersama dengan tiga orang tetamu untuk pergi makan malam bersama Nabi S.A.W. Kemudian mereka datang setelah lewat malam. Isteri Abu Bakar bertanya, "Apa yang dapat diberikan kepada tetamu?" Abu Bakar kembali bertanya, "Apa yang kau miliki untuk menjamu makan malam mereka?" Isterinya menjawab, "Aku telah bersiap-siap menunggu engkau datang." Abu Bakar berkata, "Demi Allah, aku tidak akan mampu menjamu mereka selamanya."


Abu Bakar mempersilakan para tamunya makan. Salah seorang tamunya berkata, "Demi Allah, setiap kali kami mengambil sesuap makanan, makanan itu menjadi bertambah banyak. Kami berasa kenyang, tetapi makanan itu malah menjadi lebih banyak dari sebelumnya."


Abu Bakar melihat makanan itu menjadi lebih banyak, lalu dia bertanya kepada isterinya, "Hai ukhti Bani Firas, apa yang sedang terjadi?" Sang isteri menjawab, "Mataku tidak salah melihat, makanan ini menjadi tiga kali lebih banyak dari sebelumnya." Abu Bakar menyantap makanan itu, lalu berkata, "Ini pasti ulah syaitan." Akhirnya Abu Bakar membawa makanan itu kepada Rasulullah S.A.W. dan meletakkannya di hadapan baginda. Pada waktu itu, sedang ada pertemuan antara kelompok Muslimin dengan satu kaum. Mereka dibahagi menjadi 12 kelompok.


Hanya Allah Yang Maha Tahu berapa jumlah keseluruhan hadirin. Baginda menyuruh mereka menikmati makanan itu, dan mereka semua menikmati makanan yang dibawa oleh Abu Bakar. (HR Bukhari dan Muslim)

0 comments: