CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 24, 2009

Tips Beramal di Aidilfitri




















Petang kelima Syawal, ketika iseng-iseng di laman-laman maya, saat singgah dan hinggap di teratak-teratak pelbagai tema, kami 'terserempak' dengan sebuah artikel di Laman Maya Magnet Diri, milik Saudara Amin Idris. Sesuai dengan suasana lebaran yang masih baru menginjak beberapa hari ini, kami rasa artikel tersebut sangat bagus untuk dikongsi bersama-sama teman pembaca sekalian. Ayuh kita ambil pedoman!

Jika kita excited untuk sambut raya, para sahabat Rasulullah yang dijanjikan Syurga dahulu kala akan menangis kesedihan. Tangisan mereka kerana sedih meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan peluang ganjaran kebaikan yang berlipat kali ganda. Mereka juga sedih kerana belum pasti akan bertemu Ramadhan sekali lagi. Bagaimana dengan kita ek?

Namun, di Aidil Fitri, Tuhan yang Maha Pengasih masih memberi ruang dan peluang untuk kita membuat kebaikan dan ganjarannya juga berlipat kali ganda walaupun tidak setanding Ramadhan. Tip di bawah mungkin serba sedikit boleh membantu saya dan anda;


1. Takbir Raya:
Jika anda berpeluang mengepalai laungan takbir di masjid atau surau, jangan sia-siakan. Buat sikit persiapan dengan hafal betul-betul khas lafaz takbir especially bahagian korus :) Buktikan bahawa masih ada orang muda yang sayangkan agama. Tak salah untuk anda meluaskan pengaruh melalui imej sebagai pemuda yang baik dan beriman. Bukankah itu adalah dakwah bil hal.


2. Khutbah Aidilfitri:
Saya pernah berpengalaman menyampaikan khutbah Aidilfitri. Yang paling penting ialah persiapan kerana orang kampung biasanya akan jemput last minute. Maksud persiapan ialah content dan doa-doa wajib ketika khutbah. Sebab kadang-kadang teks yang diberikan (khasnya di kampung-kampung) masih menggunakan jawi lama.

Lagi pun, anda akan berkhutbah, bukannya membaca khutbah bukan?


3. Salam: Bila bersalaman… salam dengan kedua belah tangan anda, pandang wajah orang yang anda salam dan lontarkan senyuman. Cuba untuk anda terlebih dahulu melafazkan “Minta maaf” dengan rasa kasih sayang dan ikhlas dari hati. Fikirkan betapa indahnya jika manusia saling ambil berat dan maaf-bermaafan.


4. Ziarah: Kuasa Pengaruh sebenar bukan terletak pada jawatan tetapi pada kekuatan dan keluasan empayar persahabatan. Ziarah menziarahi adalah salah satu cara untuk anda memperluaskan empayar persahabatan.


5. Puasa 6: Tingkatkan pengaruh kita degnan Tuhan melalui amalan-amalan kebaikan. Gunakan 6 sahaja hari dari sebulan Syawal untuk berpuasa. Nabi kita ada pesan;


“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti 6 hari di bulan Syawal, ganjarannya umpama berpuasa selama setahun.”


Namun demikian, di hari-hari akhir menjelang Syawal, jangan kita jadikan alasan persiapan Hari Raya untuk ponteng terawih dan mengurangkan komitmen kita di bulan Ramadhan. Tadarus, Terawih, Qiamullail, puasa berkualiti mesti diteruskan!!!

Wednesday, September 2, 2009

Saidina Abu Bakar dan Makanan Ajaib
















Dalam kehidupan sehari-hari, kita terpaksa mengurus pelbagai perkara. Dan setiap perkara itu pula sering bersangkutan dengan orang lain. Adakalanya kita tidak mampu melakukan sesuatu urusan atau perkara itu seorang diri. Justeru, kita memerlukan teman atau sahabat yang boleh dipercayai untuk berperanan sebagai pembantu. Begitulah juga dengan Rasulullah S.A.W. yang diutuskan oleh Allah untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sahabat yang berperanan sebagai pembantu baginda dalam menjalankan misi dakwah antaranya ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq.


Siapakah Abu Bakar?


Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.


Sahabat Rasulullah sering diberikan karamah (kemuliaan) oleh Allah. Buktinya?

Mari kita lihat kisah karamah Abu Bakar al-Siddiq.


'Abdurrahman bin Abu Bakar r.a. menceritakan bahwa ayahnya datang bersama dengan tiga orang tetamu untuk pergi makan malam bersama Nabi S.A.W. Kemudian mereka datang setelah lewat malam. Isteri Abu Bakar bertanya, "Apa yang dapat diberikan kepada tetamu?" Abu Bakar kembali bertanya, "Apa yang kau miliki untuk menjamu makan malam mereka?" Isterinya menjawab, "Aku telah bersiap-siap menunggu engkau datang." Abu Bakar berkata, "Demi Allah, aku tidak akan mampu menjamu mereka selamanya."


Abu Bakar mempersilakan para tamunya makan. Salah seorang tamunya berkata, "Demi Allah, setiap kali kami mengambil sesuap makanan, makanan itu menjadi bertambah banyak. Kami berasa kenyang, tetapi makanan itu malah menjadi lebih banyak dari sebelumnya."


Abu Bakar melihat makanan itu menjadi lebih banyak, lalu dia bertanya kepada isterinya, "Hai ukhti Bani Firas, apa yang sedang terjadi?" Sang isteri menjawab, "Mataku tidak salah melihat, makanan ini menjadi tiga kali lebih banyak dari sebelumnya." Abu Bakar menyantap makanan itu, lalu berkata, "Ini pasti ulah syaitan." Akhirnya Abu Bakar membawa makanan itu kepada Rasulullah S.A.W. dan meletakkannya di hadapan baginda. Pada waktu itu, sedang ada pertemuan antara kelompok Muslimin dengan satu kaum. Mereka dibahagi menjadi 12 kelompok.


Hanya Allah Yang Maha Tahu berapa jumlah keseluruhan hadirin. Baginda menyuruh mereka menikmati makanan itu, dan mereka semua menikmati makanan yang dibawa oleh Abu Bakar. (HR Bukhari dan Muslim)

10 sahabat yang dijamin syurga




















“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (Qs At-Taubah : 100)


Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
1. Abu Bakar Siddiq r.a.Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis.


2. Umar Bin Khatab r.a.Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.


3. Usman Bin Affan r.a.Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.


4. Ali Bin Abi Thalib r.a.Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Iraq sekarang.


5. Thalhah Bin Abdullah r.a. Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.


6. Zubair Bin Awaam Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.


7. Sa’ad bin Abi Waqqas Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.


8. Sa’id Bin Zaid Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk merisik gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.


9. Abdurrahman Bin Auf Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di Baqi’.


10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada period kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) kerana penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Kemunculan Blog Guru Terbaru

Semoga kelahiran blog ini dapat diambil manfaat oleh semua pengunjung, insya-Allah.